Nak tidur tiba² terjumpa orang kongsi fadhilat malam 10 Rejab. Nampak ramai orang kongsi video ustaz ini.
Ia fadhilat palsu. Tiada dalil yang sahih. Tiada hari² dalam bulan Rejab yang ada fadhilat khusus.
10 awal Zulhijjah ada dalil.
10 Muharram (Asyura) ada dalil.
10 Rejab tiada dalil.
Banyakkan ibadah dalam bulan Rejab adalah bagus sebab ia bulan haram. Sebar fadhilat palsu pula berdosa sebab memandai² buat bid’ah.
Setiap malam, sepertiga akhir malam, ia waktu keampunan bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan ibadah kepada Allah.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
” يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ , يَقُولُ :
Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga akhir malam. Allah berkata:
مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ
Sesiapa yang berdoa kepada Aku maka Aku akan makbulkan untuknya.
مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ
Sesiapa yang meminta kepada Aku maka Aku akan berikan kepadanya.
مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Sesiapa yang memohon keampunan kepada Aku maka Aku akan ampuni dia. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no: 1145]